Konsert_Komedi_2017

Konsert Komedi 2017 bersiaran mulai 12 Mei 2017 hingga 30 Jun 2017 pada setiap hari Jumaat jam 10.00 malam. Rancangan ini dihoskan oleh 8 pelawak terkenal Malaysia yang bergilir setiap minggu, di mana mereka diberi kebebasan untuk mengendalikan acara mereka sendiri, namun perlu diselitkan dengan sketsa dan nyanyian yang menggeletek hati penonton. Istimewanya kali ini, kumpulan pelawak Malaysia iaitu kumpulan Senario dengan gabungan hampir kesemua ahlinya, atas nama Senariounion membuat penampilan buat julung kalinya.