Konsonan

Konsonan ialah bunyi yang dihasilkan dengan menyekat arus pernafasan menggunakan organ-organ pertuturan. Lawan bagi konsonan ialah vokal.Dalam abjad Rumi, terdapat 21 huruf yang mewakili konsonan, iaitu B, C, D, F, G, H, J, K, L, M, N, P, Q, R, S, T, V, W, X, Y, dan Z. Walau bagaimanapun, abjad Rumi tidak boleh mewakili segala konsonan-konsonan dalam semua bahasa pertuturan di dunia. Satu daripada piawaian yangdiusahakan oleh para ahli linguistik untuk melambangkan semua bunyi pertuturan di dunia ialah Abjad Fonetik Antarabangsa. Contohnya, huruf θ digunakan untuk mewakili huruf sa (ث) dalam bahasa Arab.