Konsonan_lelangit

Konsonan lelangit atau palatal ialah konsonan yang disebut dengan anggota lidah dinaikkan ke lelangit keras (bahagian pusat lelangit mulut). Konsonan yang dihasilkan dengan hujung lidah pada lelangit dipanggil gelungan.Jenis konsonan lelangit yang paling banyak digunakan ialah konsonan malaran tak geser [j], iaitu salah satu daripada sepuluh bunyi yang paling banyak digunakan dalam segala bahasa di dunia. Tidak lupa juga konsonan sengauan ɲ yang tidak kurang bilangannya, iaitu terdapat dalam kira-kira 35% bahasa-bahasa di dunia[1], dan dalam kebanyakan bahasa tersebut, obstruen padannya bukan letupan c, sebaliknya letusan . Cuma sebilangan kecil bahasa di Eurasia utara, benua Amerika dan Afrika tengah membandingkan letupan lelangit dengan letusan belakang gusi, contohnya bahasa-bahasa Hungary, Czech, Slovak dan Albania.Konsonan-konsonan yang disebut di daerah lain juga boleh dipalatalkan, iaitu diiringi dengan penaikan permukaan lidah ke arah lelangit keras. Contohnya, sh [ʃ] dalam bahasa Inggeris ada komponen lelangit sedemikian, tetapi penyebutan utamanya melibatkan hujung lidah dan gusi atas (penyebutan sebegini dipanggil lelangit-gusi).Konsonan-konsonan lelangit yang dikenal pasti oleh Abjad Fonetik Antarabangsa adalah seperti berikut: