Kontrak

Kontrak adalah undang-undang yang mengawal urusan perjanjian.Perjanjian adalah suatu persetujuan di antara dua pihak atau lebih berkenaan sesuatu perkara. Perlulah difahami bahawa istilah kontrak adalah lebih khusus manakala istilah perjanjian adalah lebih umum. Hanya perjanjian yang mempunyai ciri-ciri kontrak sahaja yang mempunyai implikasi undang-undang.Contoh ringkas perbezaan perjanjian dengan kontrak:Seorang teman lelaki telah berjanji kepada teman wanitanya untuk membelanja teman wanitanya menonton wayang pada pukul 2 petang esok. Pada pukul 2 petang keesokan harinya si teman wanita berada di kawasan panggung tetapi si teman lelaki tidak muncul-muncul. Secara umumnya si teman wanita tidak boleh menyaman teman lelakinya kerana mungkir perjanjian untuk membelanjanya menonton wayang.Seorang peniaga telah memberitahu pemborong bahawa si peniaga mahu membeli 100 unit pen daripada si pemborong. Si peniaga berjanji akan membayar harga 100 unit pen tersebut apabila si pemborong menghantar barangan tersebut ke kedai si peniaga. Apabila barangan telah sampai ke kedai si peniaga, si peniaga bertukar fikiran dan tidak mahu membayar harga 100 unit pen tersebut. Secara umumnya si pemborong boleh menyaman si peniaga tersebut.