Konvensyen_Pakatan_Rakyat_Pertama

Konvokesyen Pakatan Rakyat Pertama telah diadakan di Auditorium MBSA, Shah Alam, Selangor, pada 19 Disember 2009. Konvokesyen ini disertai oleh tiga parti dalam Pakatan Rakyat iaitu PAS, DAP dan KeADILan. Ini adalah kali pertama konvokesyen ini diadakan. Konvensyen Pakatan Rakyat ini diumumkan pimpinan pakatan selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di pejabat ketua pembangkang 21 Oktober lalu. Seramai 1500 perwakilan dari ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat telah menyertai konvokesyen ini. Konvensyen ini berlangsung mulai jam 8.00 pagi hingga 6 petang, terbuka kepada media di samping para pemerhati. Lagu tema untuk konvensyen tersebut bertajuk “Angin Pendamai” dicipta oleh Ito dari Kumpulan Blues Gang siap dalam masa seminggu. Manakala logonya pula menggunakan asas warna jingga dan putih, menggabungkan ikatan kukuh tiga parti, mengelilingi lima kelopak bunga raya yang melambangkan lima kaum di Malaysia iaitu Melayu, Cina, India, Dayak dan Kadazandusun. Pembentangan kertas ‘Dasar Bersama Pakatan Rakyat’ telah disampaikan oleh Pemimpin Utama Pakatan Rakyat semasa Konvensyen tersebut. ‘Dasar Bersama Pakatan Rakyat’ ini akan menjadi dasar yang diterima, disepakati dan dihormati oleh ketiga-tiga Parti dan muafakat Pakatan Rakyat.