Kopiah
Kopiah

Kopiah

Dalam Islam, kopiah atau Kufi atau juga dikenali sebagai ketayap merujuk kepada sejenis penutup kepala. Menutup kepala bagi lelaki hukumnya sunat, dan memakai kopiah adalah salah satu cara yang mudah.Ia adalah sunat dan juga merupakan sunnah Rasulullah SAW. Selalu juga pemakaian kopiah dikenakan di dalam lilitan serban, iaitu dengan cara melilitkan serban pada kopiah. Menurut Imam Sayuti Rahimahullah bahawa yang dipakai oleh Nabi SAW dan sahabat RA di bawah serban ialah al-Qalansuah atau kopiah.[1] Oleh kerana ia adalah satu sunnah, pemakaian kopiah merupakan amalan yang meluas yang terdapat di kesemua negara-negara Islam. Dengan ini, pemakaian kopiah adalah berbeza dengan penutup kepala yang lain seperti songkok, bandana, topi dan penutup kepala yang lain yang hanyalah dianggap sunat, tetapi bukannya satu sunnah.

Berkaitan