Sejarah Kor_Marin_Amerika_Syarikat

Pada awal penubuhan Kor Marin, pasukan ini diberi nama Marin Kontinental, dan pada 19 November 1775 sebagai infantri laut, Kor Marin terus berkembang ekoran perubahan doktrin pertahanan dan dasar luar negara A.S. Kor Marin A.S telah terlibat dalam setiap konflik bersenjata Amerika Syarikat sejak Perang Revolusi Amerika.

Setakat 30 April 2008, kekuatan anggota dalam Kor Marin adalah di sekitar 200,000 anggota tetap dan 40,000 anggota simpanan. Kor Marin merupakan cabang pasukan bersenjata Amerika Syarikat yang paling kecil dalam Jabatan Pertahanan. Meskipun begitu, kekuatan Kor Marin lebih besar berbanding jumlah keseluruhan anggota tentera dalam sesetengah negara yang lain di dunia.