Kor_Pengawal_Revolusi_Islam
Kor_Pengawal_Revolusi_Islam

Kor_Pengawal_Revolusi_Islam

Negara bukan sekutu:Negara bukan lawan:Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) (Bahasa Parsi: سپاه پاسداران انقلاب اسلامی‎, translit. Sepâh-e Pâsdârân-e Enghelâb-e Eslâmi, lit. 'Tentera Pengawal Revolusi Islam' atau singkatan Sepâh) adalah cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Iran, ditubuhkan selepas Revolusi Iran pafa 22 April 1979[3] atas arahan Ayatollah Ruhollah Khomeini.[4] Sewaktu Tentera Iran mempertahankan sempadan Iran dan mengekalkan ketenteraman dalam negeri, menurut Perlembagaan Iran, Pengawal Revolusi (pasdaran) diberi tugas melindungi sistem politik republik Islam negara.[5] Pengawal Revolusi menyatakan bahawa peranan mereka dalam perlindungan sistem Islam ialah menghalang campur tangan asing serta rampasan kuasa oleh pihak tentera atau "pergerakan sesat".[6]Pengawal Revolusioner mempunyai kira-kira 125,000 askar termasuk pasukan darat, aeroangkasa dan laut. Angkatan lautnya kini menjadi ketumbukan utama yang ditugaskan dengan kawalan operasi terhadap Teluk Parsi.[7] Ia juga mengawal militia separa tentera Basij yang mempunyai kira-kira 90,000 anggota aktif.[8][9] Pasukan medianya adalah Sepah News.[10]Sejak dari asal-usulnya sebagai militia yang berasaskan ideologi, Tentera Pengawal Revolusi Islam telah mengambil peranan yang lebih besar dalam semua aspek kebudayaan Iran. Peranan sosial, politik, ketenteraan dan ekonomi diperluaskan dibawah pentadbiran Presiden Mahmoud Ahmadinejad —terutama semasa pilihan raya Presiden Iran 2009 dan tindakan menyekat bantahan pasca-pilihan raya—telah menyebabkan ramai penganalisis Barat berpendapat bahawa kuasa politiknya telah melampaui walaupun sistem ulama Syiah negara.[11][12][13][14]Panglima Tentera Pengawal sejak tahun 2019 ialah Hossein Salami[15] yang menggantikan Mohammad Ali Jafari dan Yahya Rahim Safavi dari tahun 2007 dan 1997.[16]IRGC ditakrifkan sebagai sebuah organisasi teroris oleh kerajaan Bahrain, Arab Saudi dan Amerika Syarikat.[17][18]

Kor_Pengawal_Revolusi_Islam

Aktif 1979–kini
Ketua Staf Bersama Brig. Jen. Mohammad Reza Naqdi
Pasukan Quds Mej. Jen. Qasem Soleimani
Cawangan
Tentera Laut Komodor Alireza Tangsiri
Bendera
Pasukan Kerahan Brig. Jen. Gholamreza Soleimani
Markas Tehran
Kesetiaan Pemimpin Agung Iran
Angkatan Darat Brig. Jen. Mohammad Pakpour
Pertempuran
Panglima Mej. Jen. Hossein Salami
Saiz ~120,000
Moto "Prepare against them whatever you are able of power."
(وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ) [1]
[Quran 8:60] (Slogan heraldik)
Negara  Iran
Angkatan Aeroangkasa Brig. Jen. Amir Ali Hajizadeh

Rujukan

WikiPedia: Kor_Pengawal_Revolusi_Islam http://www.aljazeera.com/focus/2010/04/20104211048... http://www.insidethedangerzone.com http://corpus.quran.com/translation.jsp?chapter=8&... http://www.perseus.tufts.edu/hopper/text?doc=Perse... http://uli.nli.org.il/F/?func=direct&doc_number=00... http://isni.org/isni/0000000114984969 http://www.meforum.org/1979/the-revolutionary-guar... http://www.rferl.org/content/Irans_Basij_Force_Mai... http://www.ufppc.org/content/view/8877/ http://news.bbc.co.uk/2/hi/middle_east/7064353.stm