Budaya Korea

Senibina Buddha Korea

Di dalam teks purba Cina, Korea dikenali sebagai negara "Sungai dan Gunung yang disulam dengan Sutera" (錦繡江山, jǐn xiù jiāng shān) dan "Negara Timur penuh kesopanan" (東方禮儀之國, dōng fāng lǐ yí zhī guó). Pada kurun ke-7 dan 8, jaringan perdagangan melalui darat dan air menjalinkan negara Korea dengan Arabia. Seawal tahun 845, pedagang-pedagang Arab menceritakan mengenai Korea seperti berikut, "Di seberang lautan, lebih jauh dari China terletak sebuah negara yang penuh dengan gunungan yang dipanggil 'Silla', dan ia kaya dengan emas. Pedagang Islam yang tiba di sana begitu tertarik dengan keperibadian negara dan orangnya hingga mereka tidak mahu meninggal tempat itu dan mahu tinggal di sana selamanya."

Perayaan Korea sering menonjolkan warna-warna yang terang dan ini dianggap sebagai pengaruh Mongolia di dalam budaya Korea: warna merah terang, kuning dan hijau sering terdapat di motif-motif tradisional Korea. . Warna-warna terang ini juga boleh didapati di pakaian tradisional Korea yang dipanggil hanbok.

Agama dan pendidikan

Amitabha dan Lapan Bodhisattva Agung, Kertas bergulung Goryeo dari tahun 1300an

Ajaran Kong Fu Tze memiliki pengaruh yang besar dalam pemikiran orang Korea, bersama dengan ajaran Buddha, Taoisme dan animisme tempatan. Sejak pertengahan kurun ke-20, agama Kristian telah bersaing dengan agama Buddha sebgaia agama utama di Korea Selatan manakala Korea Utara pula tidak menggalakkan rakyatnya untuk menganut sebarang agama.

Menurut statistik 2003 yang disusun oleh kerajaan Korea Selatan, hampir 46% rakyatnya mengaku tidak mengikuti apa-apa agama. Agama Kristian dianuti 27.3% penduduknya dan Buddha sebanyak 25.3%.

Masyarakat Korea sejak zaman pemerintahan beraja amat menghargai penimbaan ilmu pengetahuan. Contohnya, raja akan mengganjar mereka yang mempelajari dan menjadi mahir dalam kesusasteraan purba Cina; kanak-kanak lelaki yang dipilih untuk menganggotai kelompok "Yangban" sering diberi pendidikan tinggi dalam tulisan Hanja.

Sehingga zaman moden, masyarakat Korea amat memberatkan status keturunan seseorang. Sehingga kurun ke-10, pangkat seseorang dalam masyarakat (ditentukan oleh pangkat ibu dan bapanya) mendefinisikan statusnya dan menentukan pekerjaan yang layak dilakukan di dalam perkhidmatan awam. Status juga menentukan kalau seseorang itu layak untuk mengambil peperiksaan untuk dilantik sebagai seorang pegawai di istana.

Masakan

Masakan Korea yang terkenal barangkali adalah kimchi, iaitu makanan sayur yang dijeruk dan ditapai. Cili juga digunakan dalam pembuatan kimchi dan kerana itu kimchi terkenal sebagai sebuah makanan yang pedas. Ikan, yang sering dipanggang atau direbus dengan api yang perlahan, adalah sumber protein yang utama. Bulgogi (daging lembu, ayam, atau babi yang dijeruk dan dipanggang), galbi (tulang rusuk), dan samgyeopsal (lemak babi) merupakan masakan daging yang popular di Korea. Makanan Korea selalunya diiringi dengan sup atau rebusan yang dibuat dengan adunan kacang dan dikenali sebagai dwenjang. Makanan popular adalah bibimbap (nasi campur), naengmyeon (mi sejuk), galbitang (tulang rusuk yang direbus lama), dan dwenjang jigae (sup kacang).

Lihat juga: Upacara teh Korea

Sukan

Korea Selatan telah menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 1988 di Seoul dan mendapat faedah ekonomi sebagai tuan tumah dari segi peningkatan bilangan para pelancong dan juga pengiktirafan yang diberikan oleh dunia akan kebolehannya menjadi tuan rumah temasya sukan yang terbesar di dunia. Korea Utara pula telah memboikot sukan Olimpik ini kerana mereka tidak berpuas hati yang mereka tidak dilantik sebagai tuan rumah bersama.

Bendera Kesatuan Korea

Sebuah pasukan bersatu Korea Utara dan Selatan telah bertanding di bawah Bendera Kesatuan di Kejohanan Ping Pong di Chiba, Jepun pada tahun 1991 dan di Kejohanan Bola Sepak Belia di Lisbon, Portugal. Sebuah pasukan Korea yang bersatu juga telah berbaris bersama di upacara pembukaan Sukan Olimpik 2000 di Sydney dan juga Sukan Asia 2002 di Busan dan pada Sukan Olimpik Musim Sejuk 2006 di Turin, Itali, tetapi bertanding secara berasingan.

Pada pertandingan Piala Dunia FIFA 2002, Korea Selatan dan Jepun telah bersama-sama menjadi tuan rumah dengan 10 buah stadium di setiap negara. Korea Selatan dan Utara bertanding secara berasingan. Namun terdapat cadangan yang Korea Utara harus menjadi tuan rumah untuk satu atau dua perlawanan, tetapi ini tidak kesampaian. Sedang Korea Selatan layak masuk ke pertandingan Piala Dunia secara automatik dan juga berjaya ke peringkat separuh akhir (kedudukan: ke-4), Korea Utara gagal untuk maju dari pertandingan kelayakan Persekutuan Bola Sepak Asia dan pertandingan kelayakan FIFA.

Rujukan

WikiPedia: Korea http://www.britannica.com/eb/article-9050797?query... http://archives.cnn.com/2001/WORLD/asiapcf/east/03... http://joongangdaily.joins.com/200108/30/200108300... http://www.parksassociates.com/press/press_release... http://www.hawaii.edu/powerkills/SOD.CHAP3.HTM http://www.cia.gov/cia/publications/factbook/geos/... http://www.cia.gov/cia/publications/factbook/geos/... http://web.archive.org/web/19990117021607/http://l... http://www.pacificasiamuseum.org/calendar/kcostume... https://archive.is/20120710211436/lcweb2.loc.gov/f...