Geografi Korea_Selatan

Topografi Korea SelatanLadang teh Boseong

Korea Selatan menduduki bahagian selatan Semenanjung Korea yang terbentang kira-kira 1,100 km (680 batu) dari tanah besar Asia. Semenanjung yang bergunung-ganang ini diapit oleh Laut Kuning di barat, Laut Jepun (Laut Timur) di timur. Hujung selatannya terletak di Selat Korea dan Laut China Timur.

Negara ini, termasuk semua pulaunya, terletak antara garis lintang 33° dan 39°U, dan garis bujur 124° dan 130°T. Jumlah keluasannya adalah 100,032 kilometer persegi (38,622.57 bt2).[36]

Korea boleh dibahagikan kepada empat kawasan am, iaitu: kawasan timur yang berbanjaran gunung tinggi dengan dataran pantai yang sempit; kawasan barat yang mempunyai dataran pantai yang luas, lembangan saliran, dan bukit-bukit beralun; kawasan barat daya yang bergunung dan berlembah; dan kawasan tenggara yang dikuasai oleh lembangan luas Sungai Nakdong.[37]

Rupa bumi Korea Selatan banyak bergunung-ganang dan kebanyakan tanahnya tidak sesuai untuk pertanian. Tanah pamah yang tertumpu di kawasan barat dan tenggara hanya merangkumi 30% jumlah keluasan tanah.

Sekitar tiga ribu buah pulau terletak di pantai barat dan selatan Korea Selatan, kebanyakannya kecil tanpa penghuni. Pulau Jeju terletak kira-kira 100 kilometer (60 batu) dari pantai selatan Korea Selatan. Ia merupakan pulau terbesar di negara, dengan keluasan 1,845 kilometer persegi (712 batu persegi). Jeju juga merupakan tempat letaknya puncak tertingi di Korea Selatan, iaitu Hallasan, sebuah gunung berapi mati yang tingginya 1,950 meter (6,398 batu) atas paras laut. Pulau-pulau yang terletak paling timur di Korea Selatan termasuk Ulleungdo dan Batu Liancourt (Dokdo), manakala Marado dan Batu Socotra pula yang paling selatan di negara ini.[37]

Korea Selatan mempunyai 20 taman negara dan tempat-tempat alam yang terkenal di Ladang Teh Boseong, Suncheon Bay Ecological Park, and the first national park of Jirisan.[38]

Iklim

Korea Selatan cenderung mengalami iklim kebenuaan lembap dan subtropika lembap, serta dipengaruhi oleh monsun Asia Timur, dengan lebih banyak kerpasan pada musim panas ketika musim hujan singkat yang dipanggil jangma (장마), yang bermula pada lewat Jun hingga lewat Julai. Musim sejuknya mungkin teramat sejuk sehingga suhu minimum mampu menjunam ke bawah −20 °C di kawasan pedalaman negara: di Seoul, julat purata suhu Januari ialah −7 °C hingga 1 °C (19 °F hingga 33 °F), manakala julat purata suhu Ogos ialah 22 °C hingga 30 °C (71 °F hingga 86 °F). Suhu musim sejuk lebih tinggi di sepanjang pantai selatan dan juga agak rendah di kawasan pergunungan di pedalaman.[39] Musim panasnya pula boleh menjadi panas dan lembap yang kurang menyenangkan, dengan suhu melampai 30 °C di kebanyakan kawasan negara.Korea Selatan mengalami empat musim, iaitu bunga, panas, luruh dan sejuk. Musim bunga biasanya berlangsung pada lewat Mac hingga lewat May, musim panas dari tengah Mei hingga awal September, musim luruh dari tengah September hingga awal November, dan musim sejuk dari tengah November hingga tengah Mac.

Carta iklim untuk Seoul
JFMAMJJOSOND
 
 
22
 
2
-6
 
 
24
 
4
-4
 
 
46
 
10
1
 
 
77
 
18
7
 
 
102
 
23
13
 
 
133
 
27
18
 
 
328
 
29
22
 
 
348
 
30
22
 
 
138
 
26
17
 
 
49
 
20
10
 
 
53
 
12
3
 
 
25
 
4
-3
Suhu purata dalam °C
Jumlah hujan dalam mm
Sumber: [40]
Penukaran imperial
JFMAMJJOSOND
 
 
0.9
 
35
21
 
 
0.9
 
39
25
 
 
1.8
 
50
34
 
 
3
 
64
45
 
 
4
 
73
55
 
 
5.2
 
80
64
 
 
13
 
84
71
 
 
14
 
85
72
 
 
5.4
 
78
62
 
 
1.9
 
67
50
 
 
2.1
 
53
37
 
 
1
 
40
26
Suhu purata dalam °F
Jumlah hujan dalam inci

Curahan hujan tertumpu pada musim panas Jun hingga September. Pantai selatan terdedah kepada taufan pada lewat musim panas yang mendatangkan angin kencang dan hujan lebat. Purata kerpasan tahunan berbeza-beza dari 1,370 milimeter (54 inci) di Seoul kepada 1,470 milimeter (58 inci) di Busan.

Alam sekitar

Cheonggyecheon, sebatang arus sungai yang mengalir melalui pusat bandaraya Seoul, dipulihkan setelah diturap oleh pembinaan jalan raya.

Ketika 20 tahun terawal kepesatan pertumbuhan Korea Selatan, kurang sekali usaha yang dibuat untuk memelihara alam sekitar.[41] Pengindustrian dan pembangunan bandar yang tidak terkawal telah mengakibatkan pembasmian hutan serta kemusnahan tanah lembap seperti Kukup Songdo.[42] Namun begitu, mujurlah baru-baru ini terdapat usaha untuk mengimbangi masalah ini, termasuk sebuah projek pertumbuhan hijau $84 bilion lima tahun kendalian kerajaan yang bertujuan meningkatkan kecekapan tenaga dan teknologi hijau.[43][44]

Strategi ekonomi berasaskan hijau merupakan rombakan menyeluruh ekonomi Korea Selatan yang memanfaatkan kira-kira 2% KDNK negara.[43] Inisiatif penghijauan ini merangkumi usaha-usaha seperti rangkaian basikal seluruh dunia, tenaga suria dan angin, pengurangan kenderaan yang bergantung pada minyak, sokongan jimat siang dan peluasan penggunaan teknologi mesra alam seperti LED dalam elektronik dan pencahayaan.[45] Selaku negara yang paling ramai pengguna Internet, Korea Selatan berancang untuk membina rangkaian generasi baru seluruh dunia yang 10 kali lebih pantas daripada kemudahan jalur lebar untuk mengurangkan penggunaan tenaga.[45]

Air paip di Seoul baru-baru ini selamat diminum, apatah lagi pihak berkuasa bandar menjenamakannya sebagai "Arisu" dalam cubaan meyakinkan orang awam.[46] Usaha projek penghutanan semula turut dijalankan. Sebuah lagi projek berbilion ringgit dilaburkan dalam usaha pemulihan Cheonggyecheon, sebatang anak sungai yang mengalir melalui pusat bandaraya Seoul yang pernah diturap oleh jalan raya.[47]

Satu lagi cabaran besar ialah kualiti udara yang terjejas oleh hujan asid, sulfur oksida, dan ribut debu kuning tahunan.[41] Diakui bahawa kebanyakan kesukaran ini berpunca daripada kedekatan Korea Selatan dengan China, sebuah negara pencemar udara yang utama.[41]

Korea Selatan menjadi anggota Protokol Alam Sekitar Antartik, Perjanjian Antartik, Perjanjian Biodiversiti, Protokol Kyoto (yang membentuk Kumpulan Keutuhan Alam Sekitar (EIG), berkenaan UNFCCC,[48] dengan Mexico dan Switzerland), Penggurunan, Spesies Terancam, Pengubahsuaian Alam, Sisa Berbahaya, Undang-Undang Laut, Marine Dumping, Perjanjian Larangan Ujian Nuklear Menyeluruh (tidak berkuat kuasa), Perlindungan Lapisan ozon, Pencemaran Kapal, Balak Tropika 1983, Balak Tropika 1994, Tanah Lembap, dan Penangkapan Ikan Paus.[49]