Politik Korea_Selatan

Dewan Perhimpunan Korea Selatan

Korea Selatan ialah sebuah negara demokrasi berperlembagaan. Mengikut perlembagaan sekarang, Republik Korea adakalanya dipanggil Republik Keenam Korea Selatan. Seperti di negara demokrasi yang lain,[20]pemerintahan Korea Selatan terbahagi kepada tiga cabang, iaitu eksekutif,kehakiman, dan perundangan. Cabang eksekutif dan perundangan tertumpu pada peringkat kebangsaan, namun terdapat juga kementerian eksekutif yang juga melaksanakan fungsi kerajaan tempatan. Kerajaan tempatan pula separa berautonomi dan mempunyai badan eksekutif dan perundangan tersendiri. Cabang kehakiman dikendalikan di kedua-dua peringkat kebangsaan dan tempatan.

Struktur kerajaan Korea Selatan ditentukan oleh Perlembagaan Republik Korea yang pernah disemak beberapa kali sejak mula-mula diisytiharkan pada tahun 1948 sebaik sahaja merdeka. Kecuali sewaktu Republik Kedua Korea Selatan, negara ini sentiasa mengamalkan sistem berpresiden dengan ketua eksekutif yang bebas.[21] Pilihan raya langsung pertama juga diadakan pada tahun 1948. Walaupun Korea Selatan menderita di bawah pemerintahan tentera berturut-turut sejak 1960-an hingga 1980-an, sejak itu ia berkembang menjadi sebuah demokrasi liberal yang berjaya. Kini, CIA World Factbook menyifatkan demokrasi Korea Selatan sebagai "demokrasi moden yang berfungsi sepenuhnya".[22]