Koronavirus
Koronavirus

Koronavirus

Koronavirus ialah spesies virus tergolong dalam subfamili Coronavirinae dalam famili Coronaviridae, dalam order Nidovirales.[1][2] Koronavirus ialah virus sampul dengan genom RNA bebenang tunggal bererti positif simetri heliks. Saiz genom koronavirus antara lebih kurang 26 hingga 32 kilobes, yang terbesar virus RNA.Nama "koronavirus" terbit daripada bahasa Latin corona, bermaksud mahkota atau halo, dan merujuk wajah ciri virion (bentuk berjangkit virus) di bawah mikroskopi elektron (E.M.) dengan umbai unjuran permukaan besar dan bulat mencipta imej seakan-akan mahkota diraja atau korona suria. Morfologi ini dicipta oleh peplomer bulir virus (S), iaitu protein yang mendiami permukaan virus dan menentukan tropisme perumah.Protein yang menyumbang pada struktur keseluruhan semua koronavirus ialah bulir (S), sampul (E), membran (M) dan nukleokapsid (N). Dalam kes khusus koronavirus SARS (lihat bawah), domain gabungan reseptor jelas pada S menjadi pengantara pelekatan virus ke reseptor sel, enzim pengubah angiotensin 2 (ACE2).[3] Beberapa koronavirus (khususnya ahli Betakoronavirus subkumpulan A) juga mempunyai protein seperti bulir yang lebih pendek dipanggil hemaglutinin esterase (HE).[1]