Kosmo!
Kosmo!

Kosmo!

Kosmo! ialah sebuah akhbar terbitan Kumpulan Utusan. Majlis pelancarannya dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi pada 30 Ogos 2004. Kosmo! bercorak santai dan dalam bentuk yang paling mudah dibawa dan dibaca.Akhbar Kosmo! dijual di seluruh negara dengan harga 80 sen setiap hari kecuali Ahad yang berharga RM1 dengan nama Kosmo Ahad di awal penerbitannya. Namun sejak April 2007, akhbar ini berharga RM1 bagi setiap hari penerbitannya.[1] Kosmo! bersama-sama akhbar kembarnya, Utusan Malaysia menamatkan operasinya pada 9 Oktober 2019 selepas 15 tahun diterbitkan.[2][3]

Kosmo!

Pemilik Utusan Melayu (Malaysia) Berhad
Diasaskan 30 Ogos 2004; 15 tahun yang lalu (2004-08-30)
Bahasa Melayu
Dihentikan penerbitan 9 Oktober 2019; 3 bulan yang lalu (2019-10-09)
Edaran 35,000 (Harian; sewaktu Jun 2005)
Format Kompak
Laman sesawang Kumpulan Utusan
Jenis Akhbar harian