Kota,_Negeri_Sembilan

Kota merupakan sebuah bandar kecil di Negeri Sembilan, Malaysia. Poskod untuk bandar kecil ini adalah 71350. Bandar kecil ini mempunyai beberapa kampung-kampung seperti Kampung Legong Ulu, Kampung Gadong, Kampung Sri Kendong, Kampung Sawah Raja, Kampung Tanah Datar 3, dan beberapa yang lain lagi.Terdapat satu stesen kereta api ketika 1960-an tetapi stesen kereta api ini telah dimusnahkan oleh sekumpulan komunis-komunis sewaktu "darurat 13 hari" (13 hari keganasan). Satu stesen kereta api baru telah dibina di bekas tapak stesen kereta api yang lama dan akan mengendalikan perkhidmatan tidak lama lagi.