Demografi Kota_Kinabalu

Tidak ada nama atau gelaran rasmi dan juga demonim bagi menggambarkan rakyat Kota Kinabalu. Satu cara mudah untuk menggambarkan orang bandar di sini ialah "orang KK". Istilah "K.K-ian" juga kadang-kadang digunakan.[7] Umumnya, semua orang dari Sabah dipanggil "orang Sabah".[57]

Gereja Katedral Sacred Heart.

Etnik dan agama

Laporan Statistik Malaysia 2010 menunjukkan bahawa kawasan bandar Kota Kinabalu mempunyai penduduk seramai 452,058.[2] Pada ketika ini, penduduk di bandar ini mempunyai pelbagai campuran kaum dan etnik yang berbeza. Warga asing membentuk majoriti penduduk bandar dengan 110,556 orang diikuti dengan Cina (93,429), Suluk/Bajau (72,931), Kadazan-Dusun (69,993), Bumiputra (59,607), Melayu Brunei[58] (35,835), Murut (2,528), India (2,207) dan lain-lain (5,482).[59] Orang Cina kebanyakannya adalah orang Hakka dan kebanyakannya menetap di kawasan Luyang. Kawasan Penampang didiami oleh Kadazan, kaum Bajau kebanyakannya tinggal di Likas, Sembulan dan Karambunai, manakala Orang Melayu Brunei boleh dijumpai di sekitar bandar.

Orang Melayu Brunei dan Bajau beragama Islam. Kadazan mengamalkan agama Kristian, manakala orang Cina mengamalkan agama Buddha atau Kristian. Terdapat juga sebilangan kecil penganut Hinduisme, Sikhisme, Animisme; sebilangan kecil Sekularisme juga wujud.

Masjid bandar.

Terdapat juga sebilangan besar orang Filipina di Kota Kinabalu. Gelombang pertama pendatang tiba pada abad ke-15 semasa penjajahan Sepanyol, manakala sesetengah pelarian tiba pada awal 1970-an kerana masalah pemberontakan di selatan Filipina. Sebilangan besar daripada mereka hari ini bagaimanapun terdiri daripada pekerja asing yang tiba dari tahun 1970-an sehingga sekarang. Kebanyakan pendatang awal telah bertukar kerakyatan menjadi rakyat Malaysia, namun terdapat juga yang masih hidup tanpa dokumentasi di sekitar bandar ini yang dianggap sebagai pendatang haram.[60] Kebanyakan pendatang Filipina adalah berbangsa Suluk atau Tausūg.[61] Terdapat juga sebilangan besar masyarakat Indonesia yang tinggal di sekitar bandar.[61]

Pagoda Che Sui Khor.

Terdapat sebilangan kecil penduduk India, Pakistan dan Serani yang menetap di sekitar bandar. Baru-baru ini juga bilangan ekspatriat yang tinggal di bandar, sama ada secara sementara atau tetap juga telah meningkat. Kebanyakannya datang dari Korea Selatan, Jepun, Australia, dan juga Eropah.

Perkahwinan campur bukanlah suatu perkara yang luar biasa di sini dan perkahwinan campur antara Cina-Kadazan adalah amat biasa.[62] Anak-anak bangsa campuran Kadazan dan Cina disebut sebagai Sino-Kadazan atau hanya "Sino".[62]

Bahasa

Penduduk Kota Kinabalu umumnya bercakap Bahasa Melayu dengan mempunyai bahasa campuran Sabah.[57] Hampir 50% penduduk Kota Kinabalu berketurunan Cina.[63] Bahasa Hakka dan Mandarin dituturkan oleh orang Cina. Selain itu, kebanyakan orang Cina juga dapat bercakap dalam bahasa Kantonis. Hampir semua penduduk juga dapat bercakap bahasa Inggeris, terutamanya generasi muda. Pada hari ini, kebanyakan orang sudah dapat bertutur dalam Bahasa Inggeris asas. Namun, sesetengahnya mengalami kesukaran bercakap dengan lancar kerana perbendaharaan kata yang terhad dan kekurangan umum penggunaan bahasa Inggeris sebagai lingua franca perbualan di kalangan rakyat Sabah secara keseluruhannya.

Penggunaan Bahasa Kadazan dan Dusun sangat ketara di seluruh Sabah terutama di bandar-bandar besar atau bandar-bandar seperti Kota Kinabalu. Beberapa usaha telah diambil oleh sesetengah pihak bagi memulihkan penggunaan bahasa tersebut. Kedua-dua bahasa ini telah dianggap sebagai bahasa terancam, begitu juga dengan budaya etnik Kadazan-Dusun.[64]

Rujukan

WikiPedia: Kota_Kinabalu ftp://ftp.atdd.noaa.gov/pub/GCOS/WMO-Normals/TABLE... http://www.smh.com.au/articles/2007/10/26/11929413... http://www.dfat.gov.au/missions/countries/myko.htm... http://www.dva.gov.au/commems_oawg/OAWG/war_memori... http://www.financeminister.gov.au/biography.html http://www.rockingham.wa.gov.au/Council/Latest-New... http://www.bt.com.bn/golden-legacy/2011/01/10/hist... http://www.abcsabah.com/index.php/kota-kinabalu/ http://www.accessmylibrary.com/article-1G1-3005275... http://en.allmetsat.com/climate/philippines.php?co...