Kota_Tinggi

Kota Tinggi merupakan salah sebuah daerah yang terdapat di negeri Johor, Malaysia. Bandar Kota Tinggi terletak di laluan Sungai Johor. Jarak Kota Tinggi lebih kurang 42 km dari bandaraya Johor Bahru. Dengan keluasan daerah Kota Tinggi kira-kira 3488.7 kilometer persegi, aktiviti ekonomi utama bagi daerah ini ialah perladangan seperti kelapa sawit, getah dan pertanian lain di samping terdapat kegiatan lain seperti perikanan yang terdapat di pesisiran pantai seperti di Tanjung Sedili. Aktiviti ekonomi yang lain ialah seperti perlombongan dan perniagaan.Daerah Kota Tinggi terdiri daripada kawasan bandar, perkampungan Melayu tradisional serta kawasan rancangan tanah Felda. Terdapat juga petempatan orang asli di daerah ini.Antara tempat menarik yang boleh dilawati sekiranya berkunjung ke Kota Tinggi ialah Air Terjun Kota Tinggi yang terletak lebih kurang 16 km dari bandar Kota Tinggi. Kota Tinggi juga mempunyai Hutan Lipur Panti. Selain itu, Gunung Panti dan Gunung Muntahak merupakan tempat pendakian yang menarik. Terdapat juga pantai-pantai yang menarik minat pelancong. Antara pantai yang boleh dilawati adalah seperti Desaru, Tanjung Balau, Batu Layar, Teluk Ramunia dan Tanjung Sedili. Perkampungan orang asli Kanaq di Kampung Sungai Selangi ialah satu-satunya petempatan kaum ini di dunia.

Kota_Tinggi

Daerah Kota Tinggi
Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Daerah Kota Tinggi
Negeri Johor Darul Ta'zim
Negara Malaysia
• Pegawai Daerah Haji Mohd Noorazam bin Dato' Haji Osman [1]
• Jumlah 193,210
Pihak Berkuasa Tempatan Yang Lain Lembaga Bandaran Johor Tenggara (KEJORA)
Pusat Pentadbiran Bandar Kota Tinggi