Kretek
Kretek

Kretek

Kretek ialah rokok yang diperbuat daripada sebatian tembakau, bunga cengkih, dan 'sos' perisa. Namanya rokok ini merupakan perkataan Indonesia yang berasal daripada bunyi gemersik yang dihasilkan oleh bunga cengkih apabila dibakar. Secara amnya, kretek mengambil masa yang lebih lama untuk menghisap, berbanding dengan rokok biasa yang mempunyai saiz yang sama.Kretek dicipta pada awal 1880-an oleh Haji Jamhari, seorang penduduk Kudus, Jawa, Indonesia, sebagai caranya untuk menghantar ubat eugenol daripada bunga cengkih ke dalam paru-paru kerana ubat ini dipercayai dapat merawat asma ketika itu. Apabila sakit dadanya pulih disebabkan "rawatan"nya itu, beliau memulakan pemasaran ciptaannya di kampungnya tetapi sebelum beliau dapat menjualnya secara besar-besaran, beliau meninggal dunia. M. Nitisemito kemudian mengambil alih tempatnya dan memulakan memperdagangkan rokok baru ini. Kretek merupakan jenis tembakau yang jauh lebih banyak dihisap di Indonesia, di mana hampir 90% daripada perokok-perokok menghisap kretek berbanding tembakau biasa. Terdapat beratus-ratus pengilang kretek di Indonesia, termasuk syarikat-syarikat tempatan yang kecil serta jenama-jenama yang utama. Kini pengilang-pengilang kretek di Indonesia menggajikan melebihi 180,000 pekerja, dan menyebabkan negara ini merupakan 95% daripada pasaran bunga cengkih di seluruh dunia. Kebanyakan jenama antarabangsa yang terkenal, termasuknya Sampoerna A (Philip Morris International), Bentoel Biru (British American Tobacco), Minak Djinggo, Djarum (Gallaher Group), Gudang Garam (Imperial Tobacco), PT Gelora Djaja (Japan Tobacco). Di Amerika Syarikat, kretek telah dikaitkan dengan seniman-seniman dan subbudaya-subbudaya goth, punk, serta indie. Nat Sherman di Amerika Syarikat juga menghasilkan rokok dengan jenama "A Touch of Clove", tetapi rokok ini bukannya kretek yang benar kerana ia mengandungi perisa bunga cengkih di dalam penapis rokok dan bukannya bunga cengkih yang benar yang dicampurkan dengan tembakau.

Rujukan

WikiPedia: Kretek http://www.natsherman.com/product.cfm?CFID=3326&CF... http://www.rjrt.com/legal/stateLawView.asp?State=m... http://www.cdc.gov/mmwr/preview/mmwrhtml/mm5245a2.... http://thomas.loc.gov/cgi-bin/bdquery/z?d108:SN024... http://www.ncbi.nlm.nih.gov/entrez/query.fcgi?cmd=... http://www.ncbi.nlm.nih.gov/entrez/query.fcgi?cmd=... http://www.ncbi.nlm.nih.gov/entrez/query.fcgi?cmd=... http://www.ncbi.nlm.nih.gov/entrez/query.fcgi?cmd=... http://www.joglosemar.co.id/rokok.html http://www.astro.com.my/epg/programme.php?id=27889...