Kriket
Kriket

Kriket

Kriket [kri-két] ialah permainan padang yang dimainkan dengan memakai bola dan kayu pemukul serta tiga tonggak yg menjadi sasaran lemparan bola. Permainan ini dimainkan oleh dua pasukan yg setiap satunya mempunyai sebelas orang pemain. Ia berasal dari England lebih 500 tahun dahulu. Kriket ialah sejenis sukan berpasukan yang popular selepas bola sepak dan bola keranjang, dan boleh ditemui di lebih 120 buah negara.