Kriogenik

Dalam fizik, kriogenik ialah kajian berkenaan penghasilan suhu yang sangat rendah (di bawah −150 °C, −238 °F atau 123 K) dan perilaku bahan-bahan dalam suhu sebegini. Mereka yang mengkaji unsur-unsur yang didedahkan pada suhu yang sangat sejuk dikenali sebagai ahli kriogenik (cryogenicist). Ahli kriogenik menggunakan skala suhu mutlak seperti skala Kelvin (unit SI) atau skala Rankine (unit imperial & AS) berbanding skala suhu relatif seperti Celsius dan Fahrenheit. Istilah kriogenik biasanya disalahgunakan dalam fiksyen dan budaya popular untuk merujuk kepada krionik yang sangat berbeza daripada kriogenik.