Krisis_Kewangan_Asia_1997

Krisis Kewangan Asia adalah krisis kewangan yang dimulai pada Julai 1997 di Thailand, dan mempengaruhi mata wang, bursa saham dan harga aset lainnya di beberapa negara Asia. Juga sering disebut Krisis mata wang Asia.Indonesia, Korea Selatan dan Thailand adalah negara yang paling teruk terkena kesan krisis ini. Hong Kong, Malaysia dan Filipina juga terkena tempiasnya. China, Taiwan dan Singapura hampir tidak terkesan. Jepun tidak terkena banyak tapi mengalami kesulitan ekonomi jangka panjang.