Krisis_penurunan_takhta_Edward

Pada Disember 1936, berlaku satu krisis perlembagaan di Empayar British apabila Raja Edward VIII ingin berkahwin dengan seorang wanita bernama Wallis Simpson. Wallis merupakan seorang sosialit dari Amerika Syarikat yang pernah berkahwin sebelum ini dan dalam proses untuk bercerai lagi. Ini menimbulkan isu besar kerana pada masa itu, undang-undang di Empayar British tidak membenarkan raja mengahwini wanita yang telah diceraikan.Kerajaan United Kingdom dan Dominion dalam Komanwel British tidak bersetuju dengan Edward mengahwini Wallis. Bantahan mereka dibuat atas sebab agama, undang-undang, politik dan moral. Memandangkan Edward ialah ketua Gereja England, yang mempunyai peraturan yang melarang individu yang bercerai daripada berkahwin semula di gereja jika bekas pasangan mereka masih hidup, rakyat percaya bahawa jika baginda berkahwin dengan Wallis, baginda terpaksa melepaskan takhtanya sebagai raja.[lower-alpha 1] Wallis, yang telah bercerai dua kali, dilihat sebagai seseorang yang tidak sesuai menjadi permaisuri kerana sebab politik, moral dan sosial. Ramai orang menyangka beliau didorong oleh wang atau status berbanding cinta ikhlas kepada Raja. Walau bagaimanapun, walaupun mendapat tentangan, Edward menegaskan bahawa baginda mencintai Wallis dan merancang untuk mengahwininya sebaik sahaja perceraian keduanya dimuktamadkan.Ramai rakyat tidak mahu Edward berkahwin dengan Wallis yang menyebabkan banyak masalah. Edward tidak mahu melepaskan Wallis, jadi baginda memutuskan untuk turun takhta pada Disember 1936.[lower-alpha 2] Adindanya, Albert, menjadi Raja baharu dan dikenali sebagai George VI. Selepas Edward turun takhta, baginda diberi gelaran Duke of Windsor dan dipanggil His Royal Highness (Duli Yang Teramat Mulia). Baginda berkahwin dengan Wallis pada tahun berikutnya, dan mereka kekal berkahwin sehingga baginda mangkat 35 tahun kemudian.