Sejarah Krismas

Kitab Perjanjian Baru tidak mencatat tarikh sebenar kelahiran Jesus.[2] Sehinggalah abad ke-19, para penulis kitab Kristian selalu berhujah bahawa 25 Disember merupakan tarikh sebenar kelahiran Jesus.[3] Bagaimanapun, tokoh sains terkemuka, Isaac Newton mendakwa tarikh Krismas telah dipilih agar bersempena dengan perayaan habisnya musim sejuk Rom kuno.[4]Walaupun tarikh moden solstis itu jatuh pada 21 atau 22 Disember, namun orang Rom menandanya pada 25 Disember.[5] Pada tahun 1889, Louis Duchesne berpendapat bahawa tarikh Krismas dikira sebagai sembilan bulan selepas 25 Mac, iaitu tarikh tradisi Jesus mula dikandung Maria.[6] Orang Kristian awal percaya bahawa Jesus disalib pada 25 Mac,[7] tarikh ekuinoks musim bunga mengikut takwim Rom.[8] Pendapat Kebangkitan Yesus berlaku pada tarikh yang sama dengan hari kewafatan Jesus selaras dengan kepercayaan Yahudi bahawa seorang nabi mati apabila berusia kamiran.[9] 9 bulan sebelum Krismas, disambut pula Pesta Khabar Malaikat Kepada Maria.[9]

Mozek Jesus Christ yang digambarkan sebagai Sol, tuhan Matahari, di Mausoleum M di nekropolis pra-abad ke-4 di bawah Basilika St. Peter di Rom, bernama Christo Sole (Kristus Sang Suria) dan bertarikh penghujung abad ke-3 oleh ahli arkeologi Itali.[10]

Dies Natalis Solis Invicti

Hermann Usener, pada tahun 1899, menyatakan bahawa tarikh hari Krismas diambil dari suatu pesta orang Rom, Sol Invictus.[11] Beliau mengatakan, Gereja pada masa itu mengambil tindakan demikian supaya penyembah berhala Rom pada masa itu akan menganut agama Kristian, tetapi pada masa yang sama dapat mengekalkan tradisi mereka.[11] Dies Natalis Solis Invicti, "Kelahiran Dewa Matahari," disambut pada 25 Disember. Gelaran pesta tersebut, Sol Invictus, menyebabkan dewa-dewa matahari disembah, yang mana ianya termasuklah dewa Elah-Gabal, dewa matahari Syria; Sol, dewa maharaja Aurelia (AD 270–274); dan Mithras, dewa tentera dalam mitologi Parsi.[12] Maharaja Elagabalus (218–222) memperkenalkan pesta tersebut dan menjadi popular semasa pemerintahan Aurelia, yang menjadikan pesta tersebut sebagai cuti umum.[13]Berdasarkan teori ini, ketika era pemerintahan Constantine (306-337), penulis Kristian mengasimilasikan pesta sambutan 25 Disember ini dengan sambutan kelahiran Jesus, lalu membuat analogi sama bahawa Jesus sebagai "sang matahari yang benar" seperti yang tercatat dalam Malachi 4:2 (Sol Iustitiae).[14][15]

Rujukan

WikiPedia: Krismas http://www.britannica.com/eb/article-9082431/Chris... http://detikvideo.com/Christmas http://www.perseus.tufts.edu/cgi-bin/ptext?doc=Per... http://web.archive.org/20050218234506/www.geocitie... http://dmoz.org/Society/Holidays/Christmas/ http://www.gutenberg.org/files/16878/16878-h/16878... http://www.newadvent.org/cathen/01542a.htm http://www.newadvent.org/cathen/10402a.htm http://www.saintpetersbasilica.org/Necropolis/Scav... http://downloads.bbc.co.uk/worldservice/learningen...