Kritikan_terhadap_agama
Kritikan_terhadap_agama

Kritikan_terhadap_agama

Kritikan terhadap agama ialah kritikan terhadap konsep, kesahan, dan amalan agama, termasuk implikasi politik dan sosial yang berkait.[2] Ia memiliki sejarah yang panjang dan wujud sejak abad ke-1 SM lagi di Rom dengan karya Titus Lucretius Carus, De Rerum Natura, dan berterusan sehingga hari ini dengan kemunculan ateisme baharu yang diwakili oleh penulis seperti Sam Harris, Daniel Dennett, Richard Dawkins, dan Christopher Hitchens.Agama dikatakan ketinggalan zaman dan berbahaya kepada:serta juga menghalang kemajuan sains, dan menggalakkan perbuatan yang tidak moral seperti korban darah, diskriminasi terhadap kaum homoseksual, dan diskriminasi terhadap kaum wanita.[3][4]Sesetengah pengkritik terhadap agama menegaskan bahawa agama teisme dan kitab sucinya bukan diwahyu tetapi sebaliknya dipalsukan oleh manusia bukan ketuhanan yang menciptanya untuk memenuhi keperluan sosial, biologi, dan politik.[5][6][7] Bagaimanapun, sesetengah pengkritik yang lain mengimbangkan manfaat kepercayaan agama (ketenangan jiwa, pembinaan komuniti, penggalakan kelakuan yang berakhlak mulia) dengan kelemahannya.[8]