Kruiser_Jerman_Admiral_Scheer
Kruiser_Jerman_Admiral_Scheer

Kruiser_Jerman_Admiral_Scheer

Admiral Scheer adalah sebuah kruiser berat kelas-Deutschland (sering dipanggil kapal tempur poket) yang berkhidmat dengan Kriegsmarine Jerman Nazi semasa Perang Dunia II. Kapal ini dinamakan sempena Laksamana Reinhard Scheer, panglima Jerman dalam Pertempuran Jutland. Ia mula dibina di limbungan Reichsmarinewerft, Wilhelmshaven pada Jun 1931 dan siap pada November 1934. Pada awalnya diklasifikasikan sebagai kapal berperisai (Panzerschiff) oleh Reichsmarine, pada Februari 1940 pihak Jerman mengklasifikasi semula dua kapal kelas ini sebagai kruiser berat.[lower-alpha 1]Kapal ini secara nominal dibawah had 10,000 long ton (10,000 t) pada saiz kapal perang yang dikenakan oleh Perjanjian Versailles, walaupun dengan sesaran muatan 15,180 long ton (15,420 t), ia jauh melebihi itu. Dilengkapi dengan enam meriam utama berukuran 28 cm (11 in) dalam dua turet meriam tiga laras, Admiral Scheer dan kembarnya direka untuk mengatasi mana-mana kruiser laju yang cuba mengejarnya. Kelajuan tertingginya 28 knot (52 km/h; 32 mph) hanya membenarkan sedikit kapal dalam tentera laut Inggeris-Perancis yang mampu mengejarnya dan cukup kuat untuk tenggelamkan mereka.[1]Admiral Scheer menyaksikan perkhidmatan berat dengan Tentera Laut Jerman, termasuk di aturgerak ke Sepanyol semasa Perang Saudara Sepanyol, dimana ia mengebom pelabuhan Almería. Operasi pertamanya semasa Perang Dunia II adalah menyerang kapal-kapal dagang pihak Bersekutu di selatan Lautan Atlantik; ia juga membuat serangan singkat ke dalam Lautan Hindi. Semasa operasi itu, ia menenggelamkan 113,223 GRT kapal, menjadikannya kapal utama penyerang paling berjaya dalam peperangan. Setelah pulang ke Jerman, ia di aturgerak ke utara Norway bagi menghalang penghantaran ke Soviet Union. Ia adalah sebahagian daripada serangan yang gagal ke atas Konvoi PQ 17 dan menjalankan Operasi Wunderland, iaitu serangan ke dalam Laut Kara. Selepas kembali ke Jerman pada pengakhiran tahun 1942, kapal itu bertugas sebagai kapal latihan sehingga hujung tahun 1944, apabila ia digunakan untuk menyokong operasi darat menentang Tentera Soviet. Ia telah ditenggelamkan oleh pesawat pengebom British pada 9 April 1945 dan sebahagiannya disekerap; saki baki bangkai kapal terbenam didasar dermaga.

Berkaitan