Ku_Milikmu

Ku Milikmu ialah sebuah siri drama televisyen terbitan Rosyam Nor untuk slot Lestary (Selasa, 9 malam) di TV3, dengan sebanyak 26 episod yang disiarkan dari 5 Ogos 2008 hingga 17 Februari 2009. Siri TV yang bertemakan cinta melalui rangkaian sosial Internet ini dibintangi oleh Zizan Nin, Eira Syazira dan Faradhiya.