Kerajaan Kuala_Lumpur

Kerajaan tempatan

Tugas pentadbiran bandar raya dipikul oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), sebuah agensi di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan Malaysia.[31] DBKL bertanggungjawab terhadap kesihatan dan kebersihan awam, pelupusan dan pengurusan sampah dan bahan buangan, perancangan bandar, perlindungan alam sekitar dan kawalan pembinaan, pembangunan sosial dan ekonomi dan penyelenggaraan prasarana bandar secara amnya. Kuasa eksekutif dipegang oleh Datuk Bandar yang dilantik untuk penggal tiga tahun oleh Kementerian Wilayah Persekutuan. Sistem perlantikan datuk bandar ini diamalkan sejak pilihan raya kerajaan setempat digantung pada tahun 1970.[32]

Semenjak Kuala Lumpur menjadi sebuah Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974, bandaraya ini pernah dipimpin oleh sembilan orang Datuk Bandar.[33] Datuk Bandar Kuala Lumpur kini ialah Datuk Seri Hj.Ahmad Phesal bin Hj.Talib yang dilantik pada tahun 2012.[34]

Politik negara

Kuala Lumpur ialah tempat terletaknya Parlimen Malaysia yang terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Bandaraya ini diwakili di Dewan Rakyat oleh sebelas orang Ahli Parlimen,[35] yang diundi untuk penggal lima tahun. Setelah sekian lama cenderung dikuasai oleh Barisan Nasional, segalanya berubah dengan pilihan raya 8 Mac 2008 yang menyaksikan parti pembangkang menguasai kerusi-kerusi parlimen untuk Kuala Lumpur, iaitu Parti Tindakan Demokratik (5 kerusi), Parti Keadilan Rakyat (4 kerusi), dan Parti Islam Se-Malaysia (1 kerusi); cuma tinggal satu kerusi Dewan Rakyat yang diduduki oleh BN iaitu Zulhasnan Rafique yang mewakili Setiawangsa.

Rujukan

WikiPedia: Kuala_Lumpur http://www.theage.com.au/news/take-five/top-five-w... http://army.gov.au/news/armynews/special_elements/... http://english.peopledaily.com.cn/200505/04/eng200... http://english.peopledaily.com.cn/200609/02/eng200... http://www.a1gp.com/(S(1i3rbrmttvedn03utuqdy155))/... http://www.adherents.com/adhloc/Wh_193.html http://www.answers.com/topic/democracy-novel-2 http://business.asiaone.com/Business/SME+Central/D... http://www.asiaweek.com/asiaweek/asiacities/kualal... http://malaysiahotelnews.blogspot.com/2006/10/thre...