Kuala_Lumpur
Kuala_Lumpur

Kuala_Lumpur

Kuala Lumpur (Tulisan Jawi: كوالا لومڤور; singkatan: KL)[5] atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, ialah ibu negara dan bandaraya terbesar di Malaysia. Kawasan Wilayah Persekutuan ini yang meliputi tanah seluas 244 km2 (94 bt2), diduduki 1.796 juta orang mengikut banci tahun 2018.[2] Kuala Lumpur tergolong dalam sebuah kawasan metropolitan besar yang turut meliputi sebahagian besar negeri Selangor, iaitu Lembah Klang, sebuah kelompokan bandar yang diduduki 7.2 juta orang[6], dan juga kawasan metropolitan yang paling pesat membangun di negara dari segi bilangan penduduk dan ekonomi.[7]Kuala Lumpur merupakan tempat letaknya Parlimen Malaysia, dan juga pernah menjadi lokasi cabang eksekutif dan kehakiman kerajaan persekutuan yang kini bertapak di Putrajaya sejak tahun 1999.[8] Namun begitu, terdapat beberapa cawangan kehakiman yang kekal di ibu kota ini. Kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong, iaitu Istana Negara, juga terletak di Kuala Lumpur. Bandar raya ini juga merupakan pusat kebudayaan dan ekonomi Malaysia kerana kedudukannya selaku ibu negara dan bandar raya primat.[9] Kuala Lumpur ditarafkan sebagai bandaraya dunia alfa, dan juga satu-satunya bandar raya global di Malaysia, menurut Globalization and World Cities Study Group and Network (GaWC).[10]Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ialah salah satu daripada tiga buah Wilayah Persekutuan Malaysia, dan juga sebuah enklaf dalam negeri Selangor, di pantai barat tengah Semenanjung Malaysia.[11]Semenjak 1990-an, bandar raya ini menjadi tuan rumah kepada berbilang acara sukan, politik dan kebudayaan, termasuk Sukan Komanwel 1998 dan Kejohanan Dunia Formula Satu.[12] Selain itu, di Kuala Lumpur terdirinya menara berkembar tertinggi di dunia, iaitu Menara Berkembar Petronas.[13]Kuala Lumpur dihubungkan dengan dunia luar oleh dua buah lapangan terbang, iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah yang kini hanya berkhidmat untuk penerbangan dalam negara.Kuala Lumpur juga merupakan bandar raya besar di tengah di Semenanjung Malaysia, iaitu di antara Pulau Pinang, Ipoh, dan Johor Bahru. Perjalanan ke Butterworth dan Padang Besar ialah sepanjang 450 km dari Kuala Lumpur melalui keretapi tren ETS yang hanya menggunakan 3 jam dan 5 jam. Keretapi tren ETS juga banyak membantu masyarakat Kuala Lumpur. Pada zaman ini, masa keretapi laju ini dijangka 5 jam untuk tiba di Padang Besar di Perlis, iaitu bandar dan negeri terakhir lintasan keretapi Malaysia. Jadi, jam diambil sampai ke destinasi keretapi laju Malaysia ini adalah serentak dengan jam keretapi laju di China iaitu dari Shanghai ke Beijing yang juga menggunakan 5 jam. Sebaliknya, perjalanan untuk pergi ke bandar raya dunia, Singapura juga melibatkan 350 km sahaja melalui lebuh raya. Terdapat pelbagai jenis bas di Kuala Lumpur dan Singapura ini adalah berbolak-balik di atas laluan Kuala Lumpur-Johor Bahru ini. Tegasnya, servis bas ini juga banyak membantu masyarakat dan pelajar Johor di Kuala Lumpur untuk balik ke kampung menjelang musim perayaan dan cuti semester.

Kuala_Lumpur

ISO 3166-2 MY-14
• Musim panas (DST) UTC+8 (Tiada)
• Kepadatan 6,891/km2 (17,850/batu persegi)
• Metro 5,700,000[4]
• HDI (2003) 0.868 (tinggi)
Dijadikan Wilayah Persekutuan 1974
Waktu suria min UTC + 06:46:48
Zon waktu UTC+8 (WPM)
• Urban 6,608,000 (March 2,013)[3]
Awalan nombor plat kenderaan Vxx dan Wxx (semua kenderaan kecuali teksi)
HWx (teksi sahaja)
Negeri Wilayah Persekutuan
• Datuk Bandar Dato Nor Hisham A. Dahlan
[1]
Dikurniakan status bandaraya 1972
• Bandar 1,796,200 (Pertama)
Laman web www.kualalumpur.gov.my
Ditubuhkan 1857
Negara Malaysia
Poskod
50xxx hingga 60xxx
68xxx
Ketinggian 21.95 m (72 ft)
Kod panggilan kebangsaan 03

Rujukan

WikiPedia: Kuala_Lumpur http://www.theage.com.au/news/take-five/top-five-w... http://army.gov.au/news/armynews/special_elements/... http://english.peopledaily.com.cn/200505/04/eng200... http://english.peopledaily.com.cn/200609/02/eng200... http://www.a1gp.com/(S(1i3rbrmttvedn03utuqdy155))/... http://www.adherents.com/adhloc/Wh_193.html http://www.answers.com/topic/democracy-novel-2 http://business.asiaone.com/Business/SME+Central/D... http://www.asiaweek.com/asiaweek/asiacities/kualal... http://malaysiahotelnews.blogspot.com/2006/10/thre...