Kuala_Pilah

Kuala Pilah (كوالا ڤيله) adalah salah satu daripada tujuh daerah yang terdapat di Negeri Sembilan, Malaysia. Ia merupakan daerah yang ketiga terbesar di Negeri Sembilan selepas Jempol dan Jelebu. Kuala Pilah terletak di tengah-tengah Negeri Sembilan dikelilingi oleh daerah Jelebu di utara, daerah Jempol di timur, daerah Rembau dan Tampin di selatan serta daerah Seremban di barat. Ia boleh dihubungi dari Seremban melalui Jalan Bukit Putus, dari Tampin melalui Jalan Air Mawang, Johol dari Segamat melalui Bahau dan dari Simpang Pertang melalui Batu Kikir terus ke Pahang.

Kuala_Pilah

Pegawai daerah Norihan Sulaiman
Pejabat daerah Kuala Pilah