Kuantan
Kuantan

Kuantan


Kuantan (كوانتن) ialah daerah dan ibu negeri Pahang, Malaysia. Penduduk Kuantan terdiri daripada 50% orang Melayu, 37% orang Cina, 10% orang India dan 1% kaum-kaum lain. Kuantan terletak berhampiran Sungai Kuantan mengadap ke Laut China Selatan. Pusat pentadbiran negeri Pahang telah berpindah ke Kuantan dari Kuala Lipis sejak dari tahun 1976.Kuantan adalah sebuah bandar besar di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, di kedudukan 3° 50' Utara, 103° 20' Timur (ini adalah lokasi sebelum kejadian gempa bumi dan tsunami 26 Disember 2004, yang dikatakan telah menganjakkan Semenanjung Malaysia beberapa sentimeter dari kedudukan asal). Ia merupakan ibu negeri Pahang, di dalam negara Malaysia. Jumlah penduduk di daerah Kuantan adalah sekitar 607,778 orang.Berkedudukan di pesisir Laut China Selatan dan di tebing Sungai Kuantan berdekatan kualanya, Kuantan yang masyhur dengan pantai-pantainya dan Masjid Sultan Ahmad Shah sebagai ikon di tengah-tengah bandar adalah pintu masuk ke Pantai Timur bagi mereka yang datang dari arah Kuala Lumpur dan selatan Semenanjung.

Kuantan

Status Bandaraya diperolehi 1 September 2019 (dicadangkan)
• Yang Dipertua Fadzilla Salleh[3]
Min waktu suria UTC+06:46:48
Pusat pentadbiran diberitakan 27 August 1955[1]
Ditubuhkan pada 1 Ogos 1913
• Badan Majlis Perbandaran Kuantan
• Musim panas (DST) Tidak diamalkan
• Kepadatan 1,300/km2 (3,400/batu persegi)
Zon waktu UTC+8 (MST)
Diasaskan pada 1851 (sebagai Tanjung Kumbar)
Negeri  Pahang
Laman web mpk.gov.my
Status perbandaran diperolehi 1 September 1979[2]
Negara  Malaysia
Demonym(s) Orang Kuantan
Poskod
25xxx, 26xxx
Ketinggian 21.95 m (72 ft)
• Jumlah 427,515