Kuasa_tembakan
Kuasa_tembakan

Kuasa_tembakan

Kuasa tembakan adalah keupayaan tentera untuk menghala kekuatan pada pihak musuh. (Jangan terkeliru dengan konsep halaju tembakan, yang menerangkan kitaran mekanisme tembakan dalam sesuatu sistem senjata.) Kuasa tembakan melibatkan pelbagai jenis senjata. Konsep ini secara amnya diajar sebagai salah satu prinsip utama peperangan moden dimana pasukan musuh dimusnahkan atau semangat melawan mereka ditolak oleh penggunaan kuasa yang mencukupi hasil daripada operasi tempur.Selama berkurun-kurun kuasa tembakan muncul sebagai kuasa ofensif yang digunakan dari jauh, dengan itu melibatkan senjata jarak jauh berbanding dengan pertempuran satu lawan satu. Kuasa tembakan adalah benda yang digunakan untuk menyekat pasukan musuh pada suatu jarak dimana mereka boleh dikalahkan secara total atau melemahkan semangat perjuangan mereka. Di dalam bidang artileri laut, tembakan serentak telah lama digunakan sebagai angka merit kuasa tembakan sesebuah kapal perang.