Kubah
Kubah

Kubah

Kubah merupakan antara unsur seni bina yang selalu digunakan. Ia berbentuk seperti separuh sfera, atau seperti kon yang permukaannya melengkung keluar. Terdapat juga bentuk 'kubah piring' (kerana puncak yang rendah dan dasar yang besar) dan 'kubah bawang' (kerana hampir menyerupai bentuk bawang).Biasanya kubah akan diletakkan di tempat tertinggi di atas bangunan (sebagai bumbung). Ia diletakkan di atas rangka bangunan petak dengan menggunakan singgah kubah (pendentive).Kubah boleh dianggap seperti satu gerbang yang diputarkan pada paksi menegaknya. Ini bermakna kubah mempunyai kekuatan struktur yang besar. Sama seperti jambatan gerbang tertekan, kubah boleh diperbuat daripada batu-bata dan konkrit sahaja, bergantung kepada daya tekanan dan geseran. Namun, kubah moden biasanya diperbuat menggunakan aloi aluminium, keluli atau konkrit diperkuat sebagai rangka dan disalut dengan kepingan aluminium, tembaga, polikarbonat ataupun cermin mengikut keperluan.Jika dilihat dari dalam, kubah yang berbentuk hemisfera kelihatan lebih menarik, tapi ia perlu lebih tinggi untuk kelihatan menarik dari luar. Jadi sesetengah kubah, contohnya gereja St. Peter dibina dari dua kubah manakala gereja St Paul dibina dari tiga kubah.Banyak masjid di dunia kini juga mempunyai kubah, termasuklah di Malaysia. Tradisi ini berasal dari daerah Anatolia.Beberapa stadium tertutup hari ini juga mempunyai kubah, terutamanya di negara yang mempunyai iklim empat musim. Stadium pertama seperti ini ialah "Astrodome" di Houston, Texas, AS. Contoh ternama lain ialah "SkyDome" di Toronto, Ontario, Kanada, stadium kubah pertama dengan bumbung yang boleh dibuka.