Kubang_Kerian
Kubang_Kerian

Kubang_Kerian

Kubang Kerian adalah merupakan satu daerah yang dahulu asalnya adalah bernama daerah Lundang. Pada awal dekad 1970-an, daerah Lundang telah dipinda batas sempadan pentadbirannya dan diubah nama menjadi daerah Kubang Kerian oleh pihak berkuasa disebabkan keperluan kehendak semasa khusus kerana ia sebagai sebuah daerah yang sangat hampir dengan pusat bandar Kota Bharu sebagai ibu negeri Kelantan. Daerah Kubang Kerian sekarang merupakan sebuah bandar baharu dan juga kawasan Parlimen di jajahan Kota Bharu, Kelantan, Malaysia. Kampus cawangan Universiti Sains Malaysia (USM) atau lebih dikenali sebagai Kampus Kesihatan USM (USMKK) terletak di sini. Kampus ini memiliki 3 pusat pengajian - Sains Perubatan (termasuk Jabatan Neurosains), Sains Pergigian dan Sains Kesihatan. Sebuah hospital pengajaran, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) terletak di kawasan kampus. Kubang Kerian terletak kira-kira 10-15 minit perjalanan dari Kota Bharu dan kira-kira 15-20 minit dari lapangan terbang Pengkalan Chepa. Mempunyai tiga buah sekolah menengah kebangsaan iaitu SMK Kubang Kerian, SMK Kubang Kerian 2 dan SMK Kubang Kerian 3. Majoriti penduduk Kubang Kerian merupakan Muslim. Terdapat banyak masjid di sini, tetapi tiada gereja atau kuil. Masjid terbesar ialah Masjid Sultan Ismail Petra atau dikenali sebagai Masjid Biru Kubang Kerian yang terletak 5 minit dari kampus USM. Kawasannya juga menempatkan Istana diraja negeri Kelantan, serta menjadi tempat kediaman rasmi Sultan Kelantan serta kerabat diraja Kelantan Darul Naim.