Kubuntu

Kubuntu merupakan sebuah edaran Linux dan terbitan daripada Ubuntu. Ia menggunakan antara muka pengguna grafik berasaskan KDE berbanding Ubuntu yang menggunakan GNOME. Kubuntu merupakan sebahagian daripada projek Ubuntu dan menggunakan sistem yang hampir sama. Kubuntu dan Ubuntu boleh digunakan antara satu sama lain dengan memasang pakej Ubuntu dan Kubuntu. Semua pakej dalam Kubuntu berkongsi gedung yang sama dengan Ubuntu. Kubuntu boleh didapati di laman web utamanya dengan memuat turun atau dengan menggunakan khidmat ShipIt.