Kucai
Kucai

Kucai

Kucai (Tulisan Jawi:كوچاي) adalah dari gugusan tanaman bawang yang sesuai untuk ditanam untuk tujuan hiasan (ia berbunga) dan sebagai sayuran. Tanaman ini mengambil sedikit ruang dan boleh dimakan keseluruhanya (dari pucuk sampai bawangnya). Jika bunganya tak dicantas ia sesuai untuk dijadikan hiasan pinggan dengan bunganya yang berwarna ungu.Variasi kucai yang popular adalah Kucai Cina yang mempunyai haruman seakan bawang putih pada daunnya. Bunganya pula berwarna putih.Kucai boleh hidup di atas banyak jenis tanah. Terbaiknya adalah di atas tanah yang agak dalam dan dipenuhi dengan kompos dan bahan organik. Kucai tidak perlu banyak dibaja semasa pembesarannya, sekiranya tanah tadi mempunyai bahan kompos dan organik yang baik.