Kuih_bakul

Nian gao (Mal.: kuih bakul, Ind.: kue keranjang[1]) ialah makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut dan gula[2] lalu dibentukkan seakan seperti dodol. Sungguhpun kuih ini boleh dimakan pada bila-bila masa, secara tradisi kuih ini paling selalunya dimakan ketika sambutan Tahun Baharu Cina.[3][4][5] Memakan kuih bakul dipercayai membawa tuah pada masa perayaan ini kerana namanya: "nian gao" (年糕) di mana perkataan 糕 (gāo) bermaksud 'kuih' dalam nama kuih ini berbunyi sama seperti perkataan 高 (gāo​) bermaksud 'tinggi' melambangkan erti "tahun demi tahun semakin tinggi" (年年高升, niánnián gāoshēng) atau mafhum ringkasnya, "setahun lagi kehidupan, setingkat lagi kemajuan".