Kuih_makmur
Kuih_makmur

Kuih_makmur

Kuih Makmur merupakan sejenis kuih yang popular di pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu. Ia merupakan sejenis kuih kering ini berbentuk bebola agak bulat diperbuat dari ramuan tepung gandum, telur, minyak sapi atau butter dan mempunyai berintikan kacang tanah bergoreng, atau badam dan sebagainya di dalamnya. Oleh itu kadang kala ia juga dikenali sebagai biskut makmur. Selain itu, gula ising digunakan untuk menepung atau menyalut kuih ini, gula kisar juga dijadikan alternatif sebagai bahan gantian untuk gula ising. Terdapat beberapa resepi bagi menghasilkan kuih makmur, ada yang hanya menggunakan putih telur dan ada yang menggunakan keseluruhan telur. Kuih Makmur menggunakan putih telur tidak begitu gebu dan agak rangup, sementara yang menggunakan keseluruhan telur lebih gebu dan lemak, dan rapuh. Ketika penyediaan, doh tidak perlu diuli terlalu lama kerana haba dari jari-jemari akan mencairkan lemak di dalam doh dan sekiranya tepung ditambah, kuih makmur yang terhasil akan menjadi keras.