Kuil_Abu_Simbel
Kuil_Abu_Simbel

Kuil_Abu_Simbel

Koordinat: 22°20′13″N 31°37′32″E / 22.33694°N 31.62556°E / 22.33694; 31.62556Kuil Abu Simbel terletak di selatan Aswan, di tebing barat Sungai Nil, di Nubia (kini berhampiran sempadan Mesir dengan Sudan. Di situ terdapat dua kuil diukir pada batu yang dibina semasa pemerintahan dinasti ke sembilan belas Ramesses II. Orang-orang barat mula mengetahui mengenainya melalui penulisan Johann Burckhardt pada tahun 1819, dan sejak itu Abu Simbel telah menjaid salah satu peringatan yang terkenal di Lembah Nil. Berikutan dengan keputusan bagi membina Empangan Baru di Aswan pada awal 1960-an, kuil tersebut mengalami ancaman ditenggelami oleh air. Dengan itu kuil itu telah dipotong dan diceraikan sebelum dipindahkan pada tahun 1968 di tanah tinggi gurun 64 meter (sekitar 200 kaki) tinggi dan 180 meter (600 kaki) ke barat tapak asal mereka.Nama silam kawasan tersebut adalah Meha, yang pertama kali dicatat semasa dinasti ke lapan belas, ketika firaun Ay dan Horemheb membina chapel diukir pada batu di kaki bukit selatan Abu Simbel, di Gebel Shems dan Abahuda.Bangunan arkeologi Abu Simbel merangkumi dua kuil batu besar di selatan Mesir, dibina di tebing barat Sungai Nil - masa kini, Tasik Nasser.Ia merupakan sebahagian Tugu Nubian Tapak Warisan Dunia UNESCO, yang sepanjang dari Abu Simbel menghilir sehingga ke Philae. Kuil berkembar ini diukir dari tebing gunung oleh Firaun Rameses II pada abad ke-13 SM untuk menakutkan jiran Nubia dan sebagai tugu kekal bagi dirinya dan ratunya Nefertari, meraikan apa yang didakwanya sebagai kejayaannya dalam Pertempuran Kadesh.Konsep asal bagi kuil Abu Simbel berasal sejak dinasti ke lapan belas, dimodel menurut kuil Amenhotpe III di Soleb dan ratunya Tiye di Sedeinga. Kuil Agung di Abu Simbel merupakan yang pertama dari siri empat buah kuil yang dibina semasa pemerintahan Ramesses II yang membentuk satu unit, dan setiap satunya ditujukan khusus bagi salah satu empat dewa negeri; Amun-Re, Re-Horakhty, Ptah dan manisfestasi bagi firaun. Tiga kuil yang lain di bina di Wadi-es-Sebua (wilayah Amun), Derr (wilayah Re-Horakhty) dan Gerf Hussein (wilayah Ptah). Kuil Abu Simbel mula dibila pada awal pemerintahannya dan hanya siap pada tahun dua puluh lima pemerintahannya.Tiada tembok kawasan atau ‘’dromos’’ yang masih selamat di hadapan Kuil Agung. Bagaimanapun kewujudan dinding bata di sisi sebelah utara kuil, dengan Pylon dan pintu masuk yang membawa kearah Kuil kecil dan tembok bata lumpur yang mengelilingi laluan masuk pada chapel di sebelah selatan. Tanjak ke teres di apit oleh dua stelae besar. Sepanjang teres patung raja yang masih hidup atau yang telah dimummikan berselang dengan dewa helang. Satu ruang pemujaan solar dengan meja pemujaan terletak di bahagian utara teres. Pada bahagian selatannya tertulis versi ‘’Stela Perkahwinan’’ yang merakamkan perkahwinan Ramesses II dengan puteri Hittite pada Tahun ke 34 pemerintahan raja. Obelisk dan patung baboon yang asalnya terdapat di situ telah dipindahkan ke Muzium Cairo.Bahagian hadapan yang diukir, berbentuk seperti pylon, dikuasai oleh empat patung firaun gergasi, setiap satu 22 meter (67 kaki) tinggi; ia diapit oleh ukiran berdiri ibu dan isterinya yang lebih kecil, dengan ukiran anak lelaki dan anak perempuan berdiri di kakinya. Gempa bumi pada waktu silam telah merosakkan patung gergasi yang mengapit pintu masuk; bahagian atas patung selatan roboh, tetapi patung di utara tidak rosak teruk dan telah dibaiki semasa pemerintahan Sety II.