Kukup
Kukup

Kukup

Kukup merupakan sebuah mukim yang terletak di selatan negeri Johor, dalam daerah Pontian, berhampiran dengan Pontian Kecil, Tanjung Piai dan menghadap Selat Melaka dan Selat Johor. Antara lokasi di sini ialah Bandar Permas,Kampung Permas Kechil,Kampung Sungai Durian,Kampung Sungai Kuali dan Kampung Serkat Barat. Kedudukan bandar Kukup tersorok ke tepi pantai Selat Melaka.Kukup mempunyai sebuah jeti atau pangkalan bot nelayan dan feri menuju ke Pulau Karimun , di Indonesia dan lain-lain. Kukup sesuai dijadikan jeti /pangkalan nelayan kerana dilindungi dari angin kencang oleh Pulau Kukup. Ramai penduduknya terutama Cina dan Melayu bekerja di sektor perikanan dan pertanian - kelapa sawit. Golongan remaja bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kukup. Beberapa buah restoran dibina bagi peminat makanan laut terutama pengunjung Cina. Pemandangan waktu senja cukup menarik kerana matahari yang terbenam perlahan-lahan sekitar jam 7.00 petang dapat disaksikan dan dirakam. Kawasan ini mudah dan cepat dimajukan oleh pihak swasta kerana ramainya kaum Cina yang terlibat dalam sektor perniagaan , pelancongan , pengangkutan dan perdagangan. Kerajaan negeri Johor melalui Majlis Perbandaran Pontian telah membina bangunan jeti yang baru dan siap pada hujung 2009.