Kulim_(bandar)
Kulim_(bandar)

Kulim_(bandar)

Kulim merupakan sebuah daerah dan bandar pentadbiran di selatan negeri Kedah. Lokasinya terletak sangat berhampiran dengan Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan merupakan bandar ketiga terbesar bagi negeri Kedah menggamit kehadiran pelancong ke bandar ini. Di Kulim, Ahad hingga Jumaat boleh melihat pelajar pergi ke sekolah kerana sangat berdekatan dengan negeri Pulau Pinang iaitu Bukit Mertajam dan bandar raya Pulau Pinang. Poskod Kulim adalah terletak di depan Pulau Pinang sahaja iaitu 09000. Pulau Pinang ialah 10000-14000.Kulim asalnya merupakan kawasan penempatan yang kecil pada era 1950-an. Kini ia merupakan tempat yang maju dengan kawasan-kawasan industri yang terletak di sekitar Bandar Kulim. Kaum majoriti di Kulim ialah kaum bumiputera 65% dan kaum lain 35%. Kebanyakan penduduk suka mendiami bandar Kulim kerana trafiknya pada setiap hari tidak sebegitu sesak sebagaimana Pulau Pinang. Cuti hujung minggu Kulim juga ditetapkan bermula pada hari Jumaat sebagaimana bandar-bandar lain di negeri Kedah. Kebanyakan penduduk yang tinggal di pekan Selama yang terletak di sempadan negeri Kedah dan Perak juga akan selalu bertandang ke sini untuk membeli belah memandangkan perjalanan dari Selama ke Kulim cuma mengambil masa 30 minit sahaja.Bandar Kulim juga merupakan bandar sains dan teknologi Kedah sebagai saingan kepada Bandaraya Georgetown,Pulau Pinang. Walaupun hari bekerja di sini ialah pada hari Ahad sehingga Khamis, namun bisnes-bisnesnya hujung minggu adalah kebanyakan hari Ahad. Dataran Kulim merupakan lokasi penting bagi organisasi kerajaan dan bukan kerajaan mengadakan aktiviti kemasyarakatan dan sosial. Kulim juga berdekatan dengan Kampung Sungai Lembu dan Machang Bubuk dan juga adanya jalan ke Butterworth dan Pulau Pinang sebenarnya. Bagi merancang destinasi perjalanan dari Kulim ke Kuala Lumpur melalui negeri Pulau Pinang, pengguna Jalanraya boleh memilih sama ada melalui pekan Junjong yang akan melalui plaza tol pekan Jawi atau memilih pekan Bukit Teh yang akan melalui plaza tol Bukit Tambun di bahagian selatan Kulim atau melalui Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) yang terletak di bahagian utara Kulim. Sekiranya pengguna jalanraya memilih mengekalkan pemanduan di negeri Kedah, mereka akan melalui Jalan Sungai Ular yang akan melalui plaza tol Bandar Baharu.Cuti sekolah di Kulim adalah tidak serupa dengan Bukit Mertajam.

Kulim_(bandar)

Diasaskan 1800
- Jumlah 150,000
Zon masa MST (UTC+8)
- Tuan Yang DiPertua MPKK Tuan Haji Rohaizad Bin Haji Rashid, AMK., BCK.