Kumpulan_15
Kumpulan_15

Kumpulan_15

Kumpulan 15 (K-15)[1] telah ditubuhkan semasa Mesyuarat Persidangan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali ke-9 di Belgrade, Yugoslavia pada bulan September 1989. Forum tidak rasmi telah dibentuk bagi meningkatkan kerjasama dan menyediakan input untuk kumpulan antarabangsa lain, seperti Pertubuhan Perdagangan Sedunia dan Kumpulan Lapan. Ia terdiri daripada negara-negara Amerika Utara, Amerika Selatan, Afrika, dan Asia dengan tujuan bersama untuk meningkatkan pertumbuhan dan kekayaan. K-15 memfokuskan kerjasama di dalam negara-negara membangun di dalam bidang pelaburan, perdagangan dan teknologi. Keanggotaan K-15 telah berkembang kepada 18 buah negara, akan tetapi namanya tidak berubah.[3]