Kumpulan_Barongan

Kumpulan Barongan merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock dan metal dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Kumpulan Barongan membawa muzik rock metal berqasidah yang cukup unik. Mereka mula dikenali dengan lagu Kalimat ke-7 dan Liya Juwita yang merupakan lagu hits dari album mereka yang pertama, A.S.A.L.Dengan dianggotai oleh pemuzik yang cukup berpengalaman, tidak hairanlah jika mereka mampu menghasilkan muzik yang bermutu. Zam Stone dan Aub merupakan barisan anggota pertama bagi Amuk dengan membawa gelaran Metal Jawa dan Din Taring. Namun begitu, mereka membawa haluan sendiri dengan menubuhkan Barongan. Secara dasarnya muzik yang dibawa Barongan serba sedikit dipengaruhi muzik Amuk iaitu dengan memasukkan elemen kemelayuan di dalam muzik metal mereka.Barongan ternyata bukan calang-calang kumpulan rock kerana mereka telah diiktiraf sebagai kumpulan rock heavy metal terbaik di Berlin, Jerman. Mereka juga merupakan duta bagi peralatan muzik Behringer.