Ahli-ahli Kumpulan_Barongan

1. Zam Stone - Gitar
Pernah mengganggotai kumpulan Mercury, UG14, dan Amuk. Beliau ialah di antara pemain gitar metal yang serba boleh. Pernah menjadi pelakon undangan bagi telefilem OK dan filem Aku Kaya The Movie. Beliau juga sering mengiringi persembahan pentas bagi beberapa artis terkenal dan menjadi pemain gitar sessionist bagi rakaman album.

2. Allahyarham Mohd Rauh Abu (Aub) - Bass[2]
Bekas anggota kumpulan Burnmarks, Baba, Manterra dan Amuk. Beliau merupakan pemain bass yang cukup dihormati di dalam industri seni tanah air. Dengan gaya yang tersendiri, beliau mampu mengalunkan bunyi dengan cukup bergaya. Beliau juga pernah membintangi filem Aku Kaya The Movie bersama Bandi Amuk dan Stone. Seperti Stone, beliau juga sering mengiringi persembahan dan menjadi sessionist bagi rakaman album beberapa artis Malaysia.

3. D'Miee (Azmee Abdul Manap) - Vokal[3] (kemudiannya digantikan oleh Sham)
Merupakan seorang vokalis rock yang cukup berkuasa. Mempunyai kekuatan vokal yang lantang dan keras. Beliau juga mempunyai kebolehan berqasidah dan mengaji Al-Quran dengan baik. Beliau menarik diri dari Barongan demi meneruskan pengajiannya.

4. Sham - Vokal
Merupakan vokalis baru Barongan. Bekas anggota kumpulan Crayon dan Wali Tujuh. Juga mempunyai vokal yang cukup padu.

5. Pae - Dram
Hanya menjadi pemain dram Barongan selepas beberapa ketika tatkala album pertama mereka A.S.A.L menjengah pasaran. Beliau seterusnya menganggotai XPDC, M'pire dan Search.