Kumpulan_Coco

Kumpulan Coco merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu bahasa Melayu.[1]Kumpulan Coco telah menghasilkan single pertama mereka, Takkan Menduakanmu yang berjaya mencapai gabungan catatan jualan melebihi 15,000 unit membuatkan kumpulan itu lebih berhati-hati dalam pemilihan lagu untul album berikut mereka.Dan kemudiannya selepas hampir tiga tahun menyepi tanpa album baru, akhirnya kumpulan Coco kembali muncul mengubati rindu para peminatnya dengan album terbaru Mengintai Langit. Mula dipasarkan pada 10 Mac 2008, album kedua kumpulan yang dianggotai oleh empat orang anak muda iaitu Nine, 26 selaku vokalis, AG, 21 (gitar utama), Shoun, 24 (bass) dan Elle, 21 (drum) itu merupakan karya mereka sendiri. Mengintai Ke Langit yang merupakan single kedua Coco dan antara lagu yang dimuatkan dalam album tersebut ialah Takkan Menduakan Mu, Mengintai Ke Langit, Hilang Dalam Buram, Azimat Cintamu, Tanpa Mu, Kaku Terpaku, Aku Dengan Dirimu, Berteman Bintang dan Belum Terpisah.Kelahiran album tersebut adalah sebagai kembali bergiat bagi Coco setelah tiga tahun menyepi. Mereka menggunakan masa tersebut untuk mengumpul bahan dan mencipta lagu untuk dimuatkan ke dalam album kedua mereka ini. Untuk album kali ini, 70 peratus daripadanya adalah hasil karya Coco dan selebihnya adalah dari komposer terkenal seperti Aidit Alfian dan Alfa Booty.Turut diselitkan ialah sebuah lagu lama, Pilihlah Aku, nyanyian asal Latif Ibrahim yang kini diberi nafas baru serta dinyanyikan dengan cara tersendiri oleh Coco. Popular sekitar tahun 70-an serta memiliki melodi yang indah, membuatkan lagu ciptaan komposer terkenal Ahmad Nawab itu menjadi pilihan Coco.

Kumpulan_Coco

Berasal dari Malaysia
Syarikat rakaman FMC
Ahli AG
Shoun
Nine
G-Cola
Alimran
Tahun aktif 2000-