Kumpulan_Gigi

Kumpulan Gigi merupakan sebuah kumpulan pemuzik Indonesia. Kumpulan Gigi memainkan muzik berentak 'pop rock bebas'. Kumpulan Gigi telah ditubuhkan sejak 1994 dan mengalami beberapa pertukaran ahli sejak itu. Ahli-ahli saat ini adalah Armand Maulana (vokal, 1994-sekarang), Dewa Budjana (gitar, 1994-sekarang), Thomas Ramdhan (bes, 1994-1996, dan 1999-sekarang), dan Gusti Hendy (dram, 2004-sekarang).Album pertama meraka Angan (1994) berjaya dijual sebanyak lebih 100,000. Mereka aktif menghasilkan album selang setahun sejak itu, termasuk album 2x2 yang dihasilkan pada 1997, ketika Opet Alatas merupakan pemain gitar bes sebelum digantikan oleh Thomas. Album ke lapan mereka adalah Salam Kedelapan. Pada bulan Ogos 2010, Gigi merilis album bertema agama Islam, bertajuk "Amnesia". Dalam album ini ada juga single dengan nuansa religius daripada ahli muzik dan kumpulan Indonesia lainnya, iaitu Tohpati, Iis Dahlia, Dewi Gita dan Kumpulan Omelette.[1]

Kumpulan_Gigi

Pekerjaan Vokal
Berasal dari Indonesia
Pengkarya berkait Berkumpulan
Laman sesawang www.gigionline.com
Genre pop rock, nasyid modern
Ahli Armand Maulana, Dewa Budjana, Thomas Ramdhan, Gusti Hendy
Tahun aktif 1994 - kini
Bekas ahli Aria Baron, Ronald Fristianto, Opet Alatas, Budhy Haryono