Sejarah Kumpulan_Kristal

Kumpulan Kristal ini ditubuhkan hasil usaha bapa kepada Rody (gitaris utama) yang mula-mula mengetengahkan bakat ahli kumpulan Kristal dengan menghantar demo kepada Awie yang kemudiannya melihat sendiri Kristal membuat persembahan.

Pada tahun 2000, Kristal mula muncul dengan album pertama bertajuk 'Semut & Lebah'. Album ini berjaya mempopularkan Kristal menerusi lagu 'Seragam Hitam' & 'Ku Membisu'. Tahun 2002, Kristal sekali lagi berjaya menarik perhatian pendengar dengan lagu 'Delaila' & 'Resam Pak Belalang' menerusi album 'Pak Belalang' .

Setelah keluar dengan 'Semut & Lebah' serta 'Pak Belalang', Kristal muncul dengan organisma yang lebih berbahaya iaitu 'N.T Virus'. Album 'N.T Virus' ini mula berada dipasaran pada bulan April 2004. Terdapat 10 lagu dimuatkan dalam album ini termasuk 'Keindahan Pantai' yang pernah dipopularkan oleh arwah M. Shariff & The Zurah.

'N.T Virus' yang dijadikan tajuk album merupakan metafora bagi menggambarkan pendirian Kristal yang menentang segala pengaruh buruk & merosakkan dalam bidang seni & kehidupan. Sebuah lagu berjudul 'Virus' ciptaan Joe Wings turut dimuatkan dalam album N.T Virus ini.

Pada tahun 2006, Kristal telah mengeluarkan satu lagi album baru yang bertajuk 'Analogi'. Album ini memuatkan 10 buah lagu termasuk 1 lagu lama, Zunika (dipopularkan oleh A. Romzi) yang diberi nafas baru.

Pada tahun 2006 Kristal Menghasilkan album "Rock Yeh Yeh" berkonsepkan Rock+pop yeh yeh. Lagu irama Pop yeh yeh terdahulu di perbaharui dengan muzik yang lebih bertenaga dengan konsep rock atau di kenali dengan konsep Lagu Saduran. Keaslian melody tetap di kekalkan.

Pada tahun 2007 Kristal mengeluarkan 2 Album "KEUNGGULAN "(Koleksi terbaik 1999-2006) iaitu Himpunan lagu lagu terbaik mereka dan Album "ROCKAFELLA" Memuatkan 10 buah lagu.

Setelah sembilan tahun KRISTAL bertapak di dalam industri hiburan, akhirnya album ke-8 mereka berjudul BONGKAR semakin jelas nampak ada kematangan. Album ini memuatkan 11 lagu baru mereka. Satu lagu bonus duet bersama Saleem dengan lagu "Harum Kasih Bersemi".

Album ke-9 "BOLLYROCK" memuatkan 14 lagu Bollywood Klasik popular yang di beri nafas baru dari segi susunan muziknya menjadi lebih rancak.

Lahirnya Album ke 10 KRISTAL pada tahun 2010, "Luahan Hati". Lagu "Luahan Hati" yang pernah di popularkan oleh sebuah band berasal dari Singapura. Merasakan lagu itu mampu dipopularkan, pihak syarikat rakaman menjadikan lagu tersebut sebagai tajuk album ke 10 Kristal dan menjadikan lagu itu sebagai lagu hitz Kristal yang di ubah mengikut genre muzik rock Kristal.

Pada tahun 2012, Kristal mengeluarkan album berjudul "JOM AGO GO". Album ini merupakan album ke-11 KRISTAL dan memuatkan 24 lagu lama dan baru.

Barisan pemuzik asal Kristal terdiri dari Razlan (penyanyi), Rody (gitar utama), Izal (bes), Bob (gitar kedua) dan Ainul (dram). Namun disebabkan Ainul dan Bob mempunyai komitmen lain maka tempat Ainul digantikan oleh Joe (dram). Tetapi disebabkan Joe pula mempunyai komitmen yang lain, Kristal sekali lagi kehilangan pemain dram. Tempat Joe digantikan oleh Acap (adik kepada Rody). Pada 2009 tempat Izal(bass) di ganti oleh Amai disebabkan Izal juga turut mempunyai komitmen yang lain. Manakala pada pertengahan tahun 2013, Kechiq mengantikan Amai sebagai pemain Bass. November 2017 Razlan mengundurkan diri dari kumpulan Kristal dan bergerak secara solo dan menggunakan nama Lan Solo.