Ahli-ahli Kumpulan_M'Steen

Jaja,Intan,Myra,Dilla dan Shankey

M's Teen ditubuhkan pada tahun 1992 oleh Jaja semasa melihat kumpulan '4U2C' membuat persembahan di The Mall, Kuala Lumpur. M's Teen bermaksud (Malaysian Teenagers) dan nama itu diberikan oleh Jaja sebelum ahli-ahli kumpulan dipilih.

Jaja kini menetap in United Kingdom dan telah berkahwin dengan anggota kumpulan rock antarabangsa, Lostprophets. Mereka dikurniakan dua cahaya mata. Jaja kini masih aktif di dalam bidang pengacara TV, modelling & berlakon di samping menjadi sukarelawan untuk badan kebajikan kanak-kanak yang bernasib malang.

Dilla Ali sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak. Dilla juga mempunyai studio alih suara nya sendiri. Beliau juga pernah mengeluarkan album bersama Nassier Wahab dan Raja Ema. [1]

Intan Azura sehingga kini masih aktif berlakon dan telah dicalonkan untuk beberapa anugerah pelakon terbaik.[2]

Shankey tidak lagi aktif di dalam bidang seni, sebaliknya adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya.

Myra telah meninggal dunia di satu kemalangan jalanraya membabitkan motorsikal.