Kumpulan_Mega

Kumpulan Mega merupakan sebuah kumpulan rock yang pernah aktif di Malaysia pada akhir dekad 80-an hingga pertengahan dekad 90-an. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock Melayu. Kumpulan Mega kini telah bergabung semula dengan barisan pemuzik asal dan penyanyi baru yang akan diumumkan pada bila - bila masa sahaja dan menjanjikan satu kelainan genre muzik atau lebih dengan penampilan rock moden dengan vokalis yang baru. Pembawakan mereka kali ini lebih kepada alunan, sususan serta permintaan bentuk muzik terkini. Kumpulan Mega kini juga sedang rancak dalam pembikinan single terbaru mereka di Blue Octave Productions dan seterusnya akan menyiapkan album terbaru dalam masa terdekat. Vokalis terbaru ini juga adalah seorang penyanyi rock yang berstyle mengikut aliran terkini serta boleh menulis lirik dan mencipta lagu.

Kumpulan_Mega

Berasal dari Johor, Malaysia
Pekerjaan Penyanyi/Pemuzik
Pengkarya berkait M. Nasir
Zarith (Mega)
Rahmad (Mega)
Instrumen Vokal/Band
Syarikat rakaman JOJO's Production Sdn. Bhd.
BMG Music
Music Valley Sdn.Bhd.
Nova Music Sdn. Bhd.
Ahli Reyno - vokal
Adie - gitar utama
Sam - gitar kedua
Lomaq - bass
Joey - dram
Genre Rock/Slow Rock
Bekas ahli Zarith - vokal (1988-1991)
Rahmad - vokal (1991-2001)
Mat Mega - bass (1989-1996)
Munir - dram (1991-1996)
Tahun aktif 1988 - 2001
2015 (reunion)