Kumpulan_Ratu

Kumpulan Ratu merupakan sebuah kumpulan muzikal duo Indonesia yang ditubuhkan pada 1999 dengan anggota asalnya, Maia Ahmad (ketika itu merupakan isteri Ahmad Dhani) selaku instrumentalis dan Pinkan Mambo selaku penyanyi utama. Ratu mula bergiat aktif di industri muzik Indonesia menerusi album sulung mereka, Bersama (2003). Selepas berehat sementara setelah pengunduran Pinkan pada 2004, kumpulan ini mengambil Mulan Kwok sebagai vokalis baru menggantikan Pinkan. Ternyata barisan ahli baru ini amat berjaya, dengan lagu-lagu hits mereka – “Teman Tapi Mesra” dan “Lelaki Buaya Darat" yang dikeluarkan dalam tempoh ini; kedua-dua tajuk lagu kemudiannya menjadi maksud biasa dalam prosa kata Indonesia. Album studio kedua kumpulan ini, No. Satu (2006) telah terjual sebanyak 20, 000 unit pada hari pelancarannya, satu rekod bagi sebuah album oleh kumpulan wanita Indonesia.Ratu ialah kumpulan muzik wanita Indonesia yang paling berjaya tahun 2000-an. Selain daripada muzik mereka, mereka dikenali untuk penampilan fizikal mereka dan liputan meluas dalam media infotainmen. Melalui pilihan mereka dalam pakaian, Ratu mempopularkan gaya Harajuku di Indonesia. Sepanjang kerjaya mereka, band ini memenangi pelbagai anugerah; mereka artis muzik yang pertama dengan dua kali diisytiharkan "Artist of the Year" dan "Group/Duo Artist of The Year" pada majlis anugerah muzik MTV Ampuh. Kejayaan ini mengilhamkan banyak kumpulan yang lain untuk mengikuti jejak mereka.