Kumpulan_Satira

Kumpulan Satira merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi rock 80-an[1] yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock Melayu. Berasal dari kumpulan "MixBlooded" yang ditubuhkan semasa pengajian di ITM Shah Alam. Kumpulan Satira telah ditubuhkan pada 1987, dan terdiri dari bekas pelajar ITM(UITM). Kumpulan Satira pada asalnya terdiri drpd Doran(vokal), Mus(gitar), Nan (gitar), Atoy(bass), Emi(drum) & Ashraf(drum). Mereka telah merakamkan 3 album iaitu 'Surat dari Hiroshima' dan 'Desiderata' dan 'Paradoks'. Pada 1989, kSatira menyepi akibat komitmen sibuk dengan kerjaya & keluarga. Setelah mnyepi selama 20 tahun, kumpulan Satira kembali beraksi semula pada 2009 dengan dibarisi 2 anggota baru iaitu Ra-ob (bass) bekas kumpulan Burnmark, Baba, Amuk & Barongan & Zuld'jian [(drum) bekas Senna selain Doran & Mus yang masih kekal sbg anggota asal setelah sebahagian anggota lama keluar kerana komitmen yang berlainan.Pada 2011, kumpulan Satira turut bermain sebagai pembuka tirai semasa persembahan kumpulan Loudness dari Jepun.[2]

Kumpulan_Satira

Pekerjaan Vokal / Pemuzik
Berasal dari Malaysia
Pengkarya berkait Berkumpulan
Syarikat rakaman P & C 1989 Suara Cipta Sempurna (M) Sdn Bhd
Ahli Mus
Asraf
Doran
Nan
Atoy
Genre rock
Bekas ahli Mohd Rauh Abu (Aub)
Tahun aktif 1990-an