Kumpulan_Sepah

Kumpulan Sepah merupakan peserta rancangan realiti Raja Lawak dan johan Maharaja Lawak 2011. Kumpulan dari Johor ini cukup dikenali menerusi rancangan komedi mereka iaitu Bujang Sepah Lalalitamplom. Sepah dianggotai tiga orang anak muda iaitu Jep (Mohd Nazri Zainal Abidin), Shuib (Shahmira Muhammad) dan Mamat (Mohd Noor Murad). Shuib merupakan suami kepada penyanyi Siti Sarah. Jep pula berkahwin dengan pelakon, Sari Yanti pada 2017.